Solat merupakan sunnah rasulullah yang paling utama dan wajib
dilaksanakan oleh setiap muslim. Solat merupakan rukun islam yang kedua dan
berdosa jika meninggalkan. Setiap pergerakan di dalam solat dapat membantu
menyihatkan tubuh badan jika ianya dilakukan dengan sempuna dan akan
memudaratkan jika sebalikkan. Ketika kita solat, ia membantu merehatkan minda
dan sekaligus membentuk aura positif dan menenangkan jiwa secara amnya.
Satu kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Jabatan
Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat
mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara
menyeluruh. Berikut
adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI
OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji
aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman
kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian
mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan
bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot
serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib
dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan
sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti
terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan
kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang
dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT
OTAK - Ng Siew Chok
Beliau
berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang
menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur
menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG
(Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada
aktiviti elektrik.
"Gelombang
otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal
dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan
tenang," katanya
Walaupun
bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila
mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai
keadaan selepas bangun tidur.
"Ada
fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud
sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan
diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
Ketika
itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang
itu berada dalam keadaan tenang.
Siew
Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan
memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan
itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih
bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr
Fatimah Ibrahim
Beliau berkata,
komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu
tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk
mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan
Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding
pengambilan darah.
"Teknik ini tidak
digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat,
teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes,
demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini,
katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan
lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat,
solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki
ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang
tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian
mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan
lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati
apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh
manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti
dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat,
ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak
penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang
letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang
menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Selain itu, katanya
posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika
berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan
membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan
positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa
sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya,
hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan,
iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan
terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan
menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal,
tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini
dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana
solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati
pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan
seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan
mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan
dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama,
tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan
iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai
tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi
adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan
setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya
antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai
kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan
bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati
ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih
baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah
bagus," katanya.
Sehubungan itu,
katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi
tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira
dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit
jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu
melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Secara ringkas mengenai pergerakkan dalam solat,
- Takbiratul ihramPergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.
- Rukuk yang sempurna (90 darjah)Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
- IktidalIktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
- SujudAliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan. Sujud juga melegakan sistem penafasan dan membantu mengurangkan kekurangan oksigen di dalam badan.
- Duduk tahiyyat awal dan akhirSemasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.
- Memberi salamKelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
No comments:
Post a Comment