Fakta Mengenai Warna Sayuran dan Buah-buahan.
Buah-buahan dan sayuran adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineeral, serat dan bahan-bahan yang menyihatkan badan yang dikenali sebagai fitokimia. Banyak fitokimia mempunyai fungsi antioksidan yang dipercayai dapat melawan penyakit tertentu, sperti kanser. Adalah penting bagi anda makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berlainan warna setiap hari Pelbagai jenis fitokimia memberi warna kepada buahan dan sayuran, di samping kesan antioksidan dan juga pelbagai manfaat.
- Kuning/Jingga - Buahan dan sayuran yang berwarna kuning/jingga adalah kaya dengan beta-karotin. Pengambilan jenis buahan dan sayuran ini dengan banyak dapat dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata. Contoh : Betik, Manga, Oren, Lobak merah, Lada besar kuning, ubi keledik dan labu.
- Hijau - Buahan dan sayuran yang berwarna hijau mengandungi beta-karotin, tetapi ia telah diselaputi satu pigmen warna hijau yang dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau kepada sayuran dan buahan ini. Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayuran berdaun hijau dengan banyak, bukan sahaja dikaitkan dengan pengurangan sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata. Contoh : Bayam, Kangkung, Buah Kiwi.
- Merah - Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pengambilan lycopene dengan banyak dapat mengurangkan risiko pelbagai kanser dan penyakit jantung. Contoh : Tomato, Tembikai, Betik.
- Bitu/Ungu - Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayuran ini dapat dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung. Contoh : Buah naga, beri biru, Terung.
- Putih - Buahan dan sayuran yang berwarna putih adalah sumber yang kaya dengan vitamin C, kalium, dan serat. Sayuran berwarna putih seperti bunga kubis dan kubis mengandungi fitokimia seperti idoles. Contoh : Jambu bantu, Pisang, Buah pir,
No comments:
Post a Comment