Pages

Tuesday, October 19, 2010

Jintan Hitam

Jintan hitam (Habbatus Sauda) atau nama saintifiknya ialah nigella sativa atau black cumin dalam bahasa inggeris. Jintan hitam merupakan herba yang dapat mengubati semua penyakit kecuali mati. Diriwayatkan dari Siti Aisyah r,a Rasulullah s.a.w bersabda "sesungguhnya habbatus sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali mati!".

Pada masa ini, masyarakat lebih gemar menggunakan ubat-ubat berasaskan dadah yang mendatangkan kesan sampingan berbanding menggunakan ubat-ubatan berasaskan tumbuhan. Jintan hitam merupakan sejenis bijiran yang berzat yang dapat berangsang tenaga, membantu memulihkan kepenatan, semangat, sangat membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan therapectic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.

No comments:

Post a Comment