Buah Betik Tingkatkan Kesuburan
Buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang
baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain
terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh
menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian.
Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.
Khasiat BADAM
Badam atau almond berupaya meningkatkan ghairah seks dan bertindak sebagai stimulus seksual,
serta membantu meningkatkan kesuburan. Badam sebenarnya padat dengan gizi dan kaya dalam beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi,
seperti zinc, selenium dan vitamin E. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein. Ia juga mengandungi niasin, kalsium, protein dan fosforus. Kanak-kanak elok makan badam
untuk pembesaran mereka, manakala orang dewasa elok untuk kesihatan jantung. Apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, sudah tentunya ghairah
seks yang hilang sebelum ini akan kembali semula?
Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Ia amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga
dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Kehadiran asid yang berlebihan
dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah
No comments:
Post a Comment