1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian Contohnya: Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian makan roti.
2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Contohnya: Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut,minuman bersusu, jus, keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.
3.Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. Jika anda mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.
4.Makan banyak buah-buahan dan sayuran. Buah dan sayur mempunyai nilai vitamin yang tersendiri. Ianya juga daet yang berkesan.
5.Pada waktu pagi ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi. Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.
No comments:
Post a Comment