Pages

Sunday, May 15, 2011

Panduan pendaftaran di UiTM.

Untuk menjadi seorang pelajar universiti bukannya mudah. Sewaktu Sijil Penilaian Menengah (SPM), kita perlu belajar bersungguh-sungguh kerana peluang pelajaran di Malaysia teramatlah luas tetapi harus bersaing dengan ratusan ribu pelajar SPM yang lain untuk ke menara gading. Jikalau keputusan dah gempak, kira untunglah sebab sudah memenuhi salah satu syarat utama kemasukan ke universiti.
Pada hari ini saya ingin menulis mengenai panduan pendaftaran di UiTM.

Panduan sebelum mendaftar di UiTM.

  1. Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (5 salinan)
  2. Mencetak dan menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar. 
  3. Mencetak dan melengkapkan borang seperti ,Borang Pendaftaran Pelajar Baru Sepenuh Masa, Borang Maklumat Pelajar Baru, Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang Pengesahan Akuan Pendapatan.
  4. Membuat pemeriksaan kesihatan.
  5. Suntikan Typhoid (semua pelajar baru Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan kecuali yang akan mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan)
  6. Pemeriksaan hepatitis B dan C serta HIV diwajibkan bagi pelajar Program Pengajian Perubatan, Pergigian, Kejururawatan dan Teknologi Makmal Perubatan.
  7. Penyediaan gambar ukuran pasport sebanyak lapan (8) keping. (lebih lagi bagus)
  8. Menyediakan keperluan peribadi (klik di sini untuk lebih lanjut)
  9. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Panduan Semasa Mendaftar di UiTM.

Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar UITM adalah seperti berikut: ( Salinan dokumen perlu disahkan terlebih dahulu ). Peringatan: Susun dokumen seperti dibawah beserta dokumen asal Original.
  1. Surat Tawaran yang dicetak dari laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake
  2. Borang Pendaftaran Pelajar Baru
  3. Borang Maklumat Pelajar Baru bertampal gambar
  4. Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan
  5. Kad Pengenalan pelajar
  6. Sijil Kelahiran pelajar
  7. SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program)
  8. STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ setaraf (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda)
  9. Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang belum menghadiri konvokesyen)
  10. Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain)
  11. Keputusan MUET (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda)
  12. Gambar berukuran pasport sebanyak lapan (8) keping
  13. Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan Filem X-Ray
  14. Surat Pengesahan suntikan typhoid daripada pegawai perubatan (yang berkenaan sahaja)
  15. Dokumen sokongan yang berkaitan (jika ada)


Mari mendaftar



2 comments:

  1. Di sini terdapat senarai klinik suntikan typhoid dan kursus pengendalian makanan www.kursuspengendalianmakanan.com

    ReplyDelete
  2. kalau sijil koko kena buat salinan ke?

    ReplyDelete