Pada hari ini saya ingin menulis mengenai panduan pendaftaran di UiTM.
Panduan sebelum mendaftar di UiTM.
- Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (5 salinan)
- Mencetak dan menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar.
- Mencetak dan melengkapkan borang seperti ,Borang Pendaftaran Pelajar Baru Sepenuh Masa, Borang Maklumat Pelajar Baru, Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang Pengesahan Akuan Pendapatan.
- Membuat pemeriksaan kesihatan.
- Suntikan Typhoid (semua pelajar baru Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan kecuali yang akan mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan)
- Pemeriksaan hepatitis B dan C serta HIV diwajibkan bagi pelajar Program Pengajian Perubatan, Pergigian, Kejururawatan dan Teknologi Makmal Perubatan.
- Penyediaan gambar ukuran pasport sebanyak lapan (8) keping. (lebih lagi bagus)
- Menyediakan keperluan peribadi (klik di sini untuk lebih lanjut)
- Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Panduan Semasa Mendaftar di UiTM.
Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar UITM adalah seperti berikut: ( Salinan dokumen perlu disahkan terlebih dahulu ). Peringatan: Susun dokumen seperti dibawah beserta dokumen asal Original.
- Surat Tawaran yang dicetak dari laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake
- Borang Pendaftaran Pelajar Baru
- Borang Maklumat Pelajar Baru bertampal gambar
- Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan
- Kad Pengenalan pelajar
- Sijil Kelahiran pelajar
- SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program)
- STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ setaraf (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda)
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang belum menghadiri konvokesyen)
- Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain)
- Keputusan MUET (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda)
- Gambar berukuran pasport sebanyak lapan (8) keping
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan Filem X-Ray
- Surat Pengesahan suntikan typhoid daripada pegawai perubatan (yang berkenaan sahaja)
- Dokumen sokongan yang berkaitan (jika ada)
Di sini terdapat senarai klinik suntikan typhoid dan kursus pengendalian makanan www.kursuspengendalianmakanan.com
ReplyDeletekalau sijil koko kena buat salinan ke?
ReplyDelete