Pages

Sunday, March 27, 2011

Rahsia waktu solat dan warna

Rahsia Solat Asar dan Warna Oren

Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar, di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah, yakni jika dia tidur. Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Rahsia Solat Maghrib dan Warna Merah

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila  hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."
(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)



No comments:

Post a Comment