Pages

Tuesday, April 12, 2011

Petua Keselamatan Jalan Raya yang Perlu dipatuhi

1. Rancanglah perjalanan anda.
  * Pastikan kenderaan anda telah diservis.
  * Mendapatkan informasi lebuh raya yang bakal dilalui untuk ke destinasi. Ini dapat mengelakkan diri terlibat      dalam kesesakan lalu lintas .
  *Dapatkan tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan

2.Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan.
   *Kelajuan sentiasa membawa maut. Oleh itu,  patuhi had  laju dapat mengelakkan kemalangan.

3.Berikan isyarat dan patuhi keselamatan semasa menukar lorang.
   * Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong.
   *Sebelum menukar lorang pastikan juga tiada kenderaan disisi kereta anda.

4.Sentiasa patuhi peraturan jalan raya.
   *Merah tanda berhenti, kening untuk sedia berhenti dan hijau tanda boleh bergerak JIKA selamat.

5.Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa.
  * A.K.A mencucuk kenderaan lain. Ini boleh menyebabkan pemandu dihadapan bertindak agresif sama ada     terus memecut atau tiba-tiba brek. Jika pemandu dihadapan tiba-tiba brek , awas kemalangan mungkin          tercetus

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong.
    * Jangan teragak-agak ketika memotong. Pastikan tiada kenderaan disisi kanan kenderaan sebelum             memotong. Apabila selamat, apalagi potong ajalah.

7.Jangan memotong  baris dan menyalahguna lorong keselamatan.
   *Ia merupakan tindakan yang biadab malah membahayakan pengguna yang lain .

8.Elak mencelah-celah di antara kenderaan lain.
   *Biasanya dilakukan oleh penunggang motosikal, tetapi pemandu kenderaan juga melakukan aktiviti ini.
   *Perbuatan ini sangat berbahaya walaupun anda fikir anda mampu melakukan. tapi INGAT sekali tersilap         jalan maut menimpa.

No comments:

Post a Comment