Pages

Tuesday, October 12, 2010

Khasiat Ulam-ulaman

Khasiat Pucuk Betik

Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi.
Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita.
 Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini.
Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Khasiat Tenggek Burung

Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat.
Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil berwarna hijau kelabu.
 Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pokok ini mampu membantu wanita
terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. Ia juga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan peraliran darah.

Emas Cotek Untuk Awet Muda

Emas Cotek merupakan warisan perubatan Melayu sejak dahulu. Emas Cotek amat dikenali di Malaysia. Daunnya berwarna hijau di bahagian atas dan berwarna keemasan di bahagian bawah serta
terdapat bintik hitam disetiap pangkal cabang urat daun ini. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo
 seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Bentuk daun adalah berbeza mengikut
aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di klasifikasikan sebagai emas cotek betina, dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan.
 Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Nama Lain: Serapat Angin, Telinga Beruk, Ara Terbang.

 Kegunaan dan Khasiat Emas Cotek

1. Air rebusan daunnya yang telah dikeringkan diminum untuk menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Air rebusan daun dan batangnya yang telah dikeringkan diminum untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.


Khasiat KEMBANG SEMANGKUK

Kembang semangkuk sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang dan lai chi kang. Kembang semangkuk digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan
tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan, terutamanya ketika demam panas. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih.
Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan .Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang
semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit.

Pokok Sekentut Untuk Rambut Beruban

Dalam perubatan tradisional Melayu, daun sekentut digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut, lalu diperah
untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban
walaupun pada usia muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment