Pages

Tuesday, October 19, 2010

Jintan Hitam

Jintan hitam (Habbatus Sauda) atau nama saintifiknya ialah nigella sativa atau black cumin dalam bahasa inggeris. Jintan hitam merupakan herba yang dapat mengubati semua penyakit kecuali mati. Diriwayatkan dari Siti Aisyah r,a Rasulullah s.a.w bersabda "sesungguhnya habbatus sauda ini adalah penawar segala penyakit kecuali mati!".

Pada masa ini, masyarakat lebih gemar menggunakan ubat-ubat berasaskan dadah yang mendatangkan kesan sampingan berbanding menggunakan ubat-ubatan berasaskan tumbuhan. Jintan hitam merupakan sejenis bijiran yang berzat yang dapat berangsang tenaga, membantu memulihkan kepenatan, semangat, sangat membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan therapectic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.

Keluhan seorang suami dan isteri

Keluhan si suami:

1.Subuh. Bangun. Niat nak pergi kerja.
2.Mandi nak pergi kerja.
3.Pagi. Pandu kereta nak pergi kerja.
4.Tengah hari, rehat makan di kantin tempat kerja.
5.Petang, balik kerja.
6.Maghrib, lepak kat depan TV tak ada kerja.
7.Malam kerja overtime.
8.Esok kerja lagi.
9.Ulang kerja- kerja seperti di atas tadi.
10.Sepanjang hari tak habis-habis dengan kerja.



Keluhan si isteri.

1.Subuh basuh kain.
2.Pagi sidai kain.
3.Tengah hari angkat kain.
4.Petang lipat kain.
5.Maghrib susun kain.
6.Isyak seterika kain.
7.Nak tidur tukat kain.
8.Tengah malam hilang kain.
9.Subuh basuh kain lagi.
10.Esok sidai kain basah malam tadi dan ulang kerja-kerja di atas.
11.Sepanjang hari tak habis-habis dengan kain.

Tuesday, October 12, 2010

Khasiat Ulam-ulaman

Khasiat Pucuk Betik

Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi.
Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita.
 Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini.
Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Khasiat Tenggek Burung

Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat.
Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil berwarna hijau kelabu.
 Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pokok ini mampu membantu wanita
terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. Ia juga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan peraliran darah.

Emas Cotek Untuk Awet Muda

Emas Cotek merupakan warisan perubatan Melayu sejak dahulu. Emas Cotek amat dikenali di Malaysia. Daunnya berwarna hijau di bahagian atas dan berwarna keemasan di bahagian bawah serta
terdapat bintik hitam disetiap pangkal cabang urat daun ini. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo
 seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Bentuk daun adalah berbeza mengikut
aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di klasifikasikan sebagai emas cotek betina, dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan.
 Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Nama Lain: Serapat Angin, Telinga Beruk, Ara Terbang.

 Kegunaan dan Khasiat Emas Cotek

1. Air rebusan daunnya yang telah dikeringkan diminum untuk menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Air rebusan daun dan batangnya yang telah dikeringkan diminum untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.


Khasiat KEMBANG SEMANGKUK

Kembang semangkuk sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang dan lai chi kang. Kembang semangkuk digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan
tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan, terutamanya ketika demam panas. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih.
Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan .Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang
semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit.

Pokok Sekentut Untuk Rambut Beruban

Dalam perubatan tradisional Melayu, daun sekentut digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi.Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut, lalu diperah
untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban
walaupun pada usia muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain.

Hasil buah Betik ,Badam dan Tembikai

Buah Betik Tingkatkan Kesuburan
Buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang
baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain
terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh
menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian.
Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.


Khasiat BADAM

Badam atau almond berupaya meningkatkan ghairah seks  dan bertindak sebagai stimulus seksual,
 serta membantu meningkatkan kesuburan. Badam sebenarnya padat dengan gizi dan kaya dalam beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi,
seperti zinc, selenium  dan vitamin E. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein. Ia juga mengandungi niasin, kalsium, protein dan fosforus. Kanak-kanak elok makan badam
untuk pembesaran mereka, manakala orang dewasa elok untuk kesihatan jantung. Apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, sudah tentunya ghairah
seks yang hilang sebelum ini akan kembali semula?




Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Ia amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga
dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Kehadiran asid yang berlebihan
dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

My friend

Friends give us the courage to lift the blinds on our hearts,

to open up and show what we generally keep hidden from the rest of the world.
Friends give us security in knowing our secrets will be protected and will not be broadcast from the rooftops
Friends give us the strength to stand up after we have been knocked to our knees.
They offer a safe haven from the storms of life.
Friends put laughter in our hearts after we have been overwhelmed by grief.
Friends give us the inspiration to to reach for our dreams
Friends put a smile on our faces and a spring in our step
Friends bring us back to earth if we get a little too full of ourselves
Friends make each day a new beginning, filled with wonder and joy.

What money can do and cant do?

Money


Money Isn`t Everything....

it can buy a bed - but not sleep
it can buy a clock - but not time
it can buy you a book - but not knowledge
it can buy you position - but not respect
it can buy you medicine - but not health
it can buy you blood - but not life
it can buy you sex - but not love

Women

I've noticed that women are similar to nature in so many ways.

Don't you believe it? Here's the evidence!



a)Women are mysterious!
b)Women are delicate!
c)Women are unpredictable!
d)Women are simple!
e)Women are beautiful!
f)Women are peaceful!
g)Women are bright!
h)Women are perfect!
i)Women are joyful!

Saturday, October 2, 2010

Laman Web Komik

Hai, kita bersuar lagi. Hari nie aku nak cite pasal satu laman web yang aku baru jumpa . Laman nie aku jumpa waktu aku sibuk jalan-jalan and skodeng kat internet. Nie sedikit preview:


Kat laman nie kita bleh tengok video, baca manga dan men-download.
Laman nie ialah http://www.watchanimeon.com/

Nie lagi satu laman web aku jumpa. Laman nie telah dilink dengan laman web diatas. Bagi peminat manga. Aku tahu one manga telah tidak berguna lagi.Oleh itu saya rasa laman web nie Citymanga dapat membantu anda.




Jom ramai-ramai cuba skodeng laman nie